free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Selasa, 11 Jun 2013

PELESTARIAN BAHASA BAJAU - PROF. MADYA DR. SAIDATUL NORNIS

Doktor Falsafah dalam bidang Antropologi linguistik. Prof. Madya Dr. Saidatul Nornis berpangkalan di Universiti Malaysia Sabah, Malaysia. Kecenderungan akademik beliau termasuk penyelidikan budaya dan bahasa dalam kalangan kumpulan bumiputera di Sabah, khususnya  masyarakat Bajau di Sabah, Malaysia.

Antara buku beliau ialah:

Kalang Sama: The Identity of Bajau People through their Verbal Act
    
Language and Cultural interconnectedness between Brunei Malay and Sabah Malay dialect: An Overview

Siri Etnik Sabah ITBM-UMS: Bajau Pantai Barat

Dan sejumlah artikel mengenai bahasa dan budaya yang diterbitkan dalam jurnal-jurnal serantau dan antarabangsa.

Temui Prof. Dr. James T. Collins di FOKEBB

Prof. Dr. James T. Collins

Profesor James T. Collins mendapatkan gelar doktor dalam bidang linguistik di University of Chicago pada tahun 1980. Sejak saat itu ia memfokuskan penelitiannya pada dialek bahasa Melayu di seluruh Asia Tenggara dan membuat deskripsi serta klasifikasi bahasa Austronesia di Maluku dan Kalimantan. Ia pernah bertugas sebagai Dekan di Universiti Kebangsaan Malaysia (1980-1995) dan juga sebagai peneliti kanan di Cornell University (1984) serta sebagai profesor bahasa Indonesia di University of Texas di El Paso, Leiden University, Goethe University (Frankfurt) dan International Institute of Asian Studies (Belanda). Jawatan terakhir beliau ialah sebagai Pengarah Institut Kajian Asia Tenggara di Northern Illinois Universiti (USA). Beliau merupakan pakar linguistik, leksikografi, dialektologi Melayu dan perubahan sosial dalam bahasa minoriti di Asia Tenggara yang tidak asing lagi. Kajian beliau mengenai bahasa dan dialek diterbitkan dalam bentuk buku, monograf dan artikel di sejumlah penerbit ternama di rantau ini.

Isnin, 10 Jun 2013

Tradisi Lisan Merakam Bahasa - Dr. Antonia Soriente

Dr. Antonia Soriente
Dr. Antonia Soriente dari Jabatan Bahasa Indonesia dan Jabatan Kesusasteraan Asia Afrika dan Laut Mediterranean, University Naples ‘L’orientale’, Pizza San Domenico Maggiore Napoli, Italy, mendokumen 10 jenis genre sastera bahasa Kenyah dan Penan/Punan setelah tinggal bersama masyarakat itu dan seterusnya mengamalkan bahasa lisan itu.
Dalam syarahan sarjananya di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) yang bertajuk "Dokumentasi Tradisi Lisan dalam Komuniti Kenyah dan Punan Borneo",  beliau berjaya menyenaraikan genre sastera bahasa Kenyah dan Penan/Punan yang terdiri dari puisi, epik, cerita rakyat, cerita sejarah, teka-teki dan cerita rekaan. 
Antara lain beliau menjelaskan bahawa penyimpanan rekod dan corak penggunaan bahasa Kenyah dan Penan/Punan Borneo adalah media penting untuk mengekalkan tradisi lisan dan memelihara warisan mereka. Dokumentasi bahasa telah muncul sebagai satu bidang siasatan linguistik dan amalan. Ia bersangkutan dengan menyediakan rekod serba guna amalan linguistik yang ditemui dalam sesebuah komuniti pertuturan.
Pengetahuan dan proses terperinci untuk memasukkannya ke dalam arkib adalah satu yang asas dan penting bagi penyelenggaraan bahasa. Beliau menghadapi pelbagai kesukaran untuk mendokumentasikan bahasa itu kerana mereka tidak mempunyai huruf atau tulisan.
Dr Antonia berpindah ke Borneo dan berada dalam kalangan kaum Kenyah dan Penan untuk mendengar dan merekodkan bahasa mereka. Kaedah yang digunakannya ialah melawat dari kampung ke kampung mendengar cerita rakyat mereka, lagu kanak-kanak tradisional dan permainan kanak-kanak untuk direkodkan. Adakalanya apabila mereka tidak tahu, mereka akan mencadangkannya menemui warga emas di kampung yang masih  tahu cerita-cerita lama untuk direkodkan.
Cerita-cerita itu semuanya diturunkan dari tahun ke tahun secara turun temurun kepada beberapa generasi secara lisan dan ingatan. Beliau kagum bahawa bahasa yang tidak mempunyai huruf dan tulisan masih boleh dikekalkan sehingga ke hari ini.
Dalam usaha untuk mendokumentasikan bahasa mereka, Dr. Antonia perlu memahami bagaimana mereka tinggal dan mengamalkan bahasa mereka. Memahami sejarah mereka adalah bahagian penting bagi menjayakan penelitian beliau.

Beliau menggalakkan kajian dan penelitian bahasa dan dialek dijalankan pada masa depan, antaranya ialah mengenai Penan Banuli, Punan Tubu dan pelbagai bahasa Kenyah lain.



Language Education Policy in Malaysia in relation to the languages in Sabah and Sarawak - Prof. Dr. Zuraidah Mohd Don

Prof. Dr. Zuraidah Mohd Don


Dean, University Malaya, 01-Jul-12 - 30-Jun-14

Panel Pakar Bahasa Inggeris, 18-Jan-12 - 30-Jun-14

Chairman, 01-Jan-12 - 31-Dec-14

Ketua Unit Hubungan Antarabangsa, University Malaya, 01-Apr-06 - 31-May-06

Head of the English Department, Department Of English Language, Faculty Of Languages & Linguistics, 01-Jun-04 - 31-Mar-06

Head of the English Language Department, Department Of English Language, Faculty Of Languages & Linguistics, 01-Jul-98 - 30-Jun-00

Programme Coordinator, Department Of English Language, Faculty Of Languages & Linguistics, 17-Apr-93 - 15-Jan-94

Acting Chair of the English language Division, Department Of English Language, Faculty Of Languages & Linguistics, 16-Apr-93 - 15-Jan-94

Acting Chair of the English Language Division, Department Of English Language, Faculty Of Languages & Linguistics, 16-Feb-93 - 19-Feb-93

CAREER HISTORY

Ahli Jawatankuasa Penapisan Calon Staf Akademik (Jpcsa) Bertaraf Profesor Madya/Profesor, University of Malaya, 05/04/2013

Member, Editorial Review Board Of Medical Educational Research Development Unit, Faculty of Medicine, University of Malaya, 01/01/2013 until 31/12/2015

Ahli Panel Bagi Kluster Penyelidikan Sosial & Behavioural Sciences (Sbs) 2013-2014, University of Malaya, 01/01/2013 until 31/12/2014

Expert Panel Member, Deputy Vice (Research & Inovation), University of Malaya, 21/12/2012 until 30/06/2014

Dean Faculty Of Languages And Linguistics, Univesity of Malaya, 01/07/2012 until 30/06/2014

Ahli Jawatankuasa Induk Pemilihan Mppum Sesi , University of Malaya, 04/01/2012 until 31/12/2013

Dean - Faculty Of Languages And Linguistics , University of Malaya, 01/07/2009 until 30/06/2012

Ketua Unit Hubungan Antarabangsa, Universiti Malaya, 01/06/2006 until 31/08/2006

Ketua Unit Hubungan Antarabangsa, Universiti Malaya, 01/04/2006 until 31/05/2006

Head Of The International Office, University of Malaya, 01/04/2006 until 21/06/2006

Professor - Department Of English, University of Malaya, 09/03/2005

Head Of English Department, University of Malaya, 10/02/2004 until 03/03/2006

Associate Professor , University of Malaya, 10/03/1999 until 08/06/2005

Head Of The English Department, University of Malaya, 05/03/1998 until 09/02/2000

University Internal Auditor , University of Malaya, 01/03/1995 until 12/05/2005

Chair Of The English Language Division, University of Malaya, 25/01/1994 until 09/01/1998

Acting Chair Of The English Language Division, University of Malaya, 16/04/1993 until 15/01/1994

Lecturer, Department Of English Language , University of Malaya, 07/05/1987 until 07/04/1999

AREAS OF EXPERTISE 

Discourse Studies (conversation analysis, pragmatics, face and politeness )

Language Structure (prosody, grammar)

English Language Teaching (pre-school, English at tertiary level)

World Language Studies (English Language, Malay language )

Corpus Linguistics (The Structure of Malay language)


LANGUAGE DOCUMENTATION IN THE 21ST CENTURY - Profesor Dr. Peter K. Austin


Märit Rausing Chair in Field Linguistics

Peter Austin joined SOAS, University of London in October 2002 after having held a Humboldt Prize at Goethe University, Frankfurt. He was previously Foundation Professor of Linguistics at the University of Melbourne (1996-2002) and Reader in Linguistics at La Trobe University (1981-1996). He has held visiting appointments at University of Frankfurt, Max Planck Institute for Psycholinguistics Nijmegen, Tokyo University of Foreign Studies, University of Hong Kong, and Stanford University. He studied at the Australian National University, completing a BA with first class Honours in Asian Studies (Japanese and Linguistics) in 1974, and a PhD in 1978 on the Diyari language spoken in the far north of South Australia. He taught at the University of Western Australia (1978), held a Harkness Fellowship for post-doctoral research at UCLA and MIT (1979-80), and in 1981 returned to Australia to set up the Department of Linguistics at La Trobe University.
Peter's research interests cover descriptive, theoretical and applied linguistics. He has extensive fieldwork experience on Australian Aboriginal languages (northern New South Wales, northern South Australia, and north-west Western Australia) and in 1996 co-authored with David Nathan the first fully hypertextual dictionary on the World Wide Web, a bilingual dictionary of Gamilaraay (Kamilaroi), northern New South Wales, as well as publishing seven bilingual dictionaries of Aboriginal languages. Since 1995 he has been carrying out research on Sasak and Samawa (or Sumbawan), Austronesian languages spoken on Lombok and Sumbawa islands, eastern Indonesia. His theoretical research is mainly on language documentation, syntax (with a focus on Lexical Functional Grammar), morpho-syntactic typology, computer-aided lexicography and multi-media for endangered languages. He has also published on historical and comparative linguistics, typology, and Aboriginal history and biography.
Peter is currently working with the Dieri Aboriginal Corporation on a language revitalisation project funded by an Indigenous Languages Support grant -- you can read about the project and its activities on this blog.
Peter currently is a member of the following bodies: 
Peter is currently supervising 8 PhD students (and on the PhD committees of 6 others) working on languages spoken in Australia, Ghana, Nepal, Sarawak, Taiwan, Solomon Islands, and Iran. See here for their names and provisional thesis titles.
Since February 2007 Peter has been an occasional contributor to the "Endangered Languages and Cultures" blog. You can access all his blog posts in reverse chronological order here. He also contributes to EL Blog from the Endangered Languages Archive.

Ahad, 9 Jun 2013

PESERTA FORUM

Forum ini terbuka kepada peserta dalam dan luar negeri daripada kumpulan sasaran yang berikut:

1. Ahli akademik/Peneliti Bahasa/Pengkaji Budaya
2. Pendidik
3. Mahasiswa dan pelajar
4. Anggota persatuan masyarakat dan kebudayaan
5. Pegawai-pegawai kerajaan
6. Orang awam yang berminat

Pendaftaran peserta boleh dibuat ke e-mel berikut: fokebb@gmail.com

Abstrak dan Makalah Lengkap

Abstrak
Abstrak ditulis dalam 300-500 patah perkataan berbahasa Melayu atau berbahasa Inggeris disertai kata kunci. Nama diikuti gelar akademik dan e-mel.

Makalah Lengkap
Bilangan kertas kerja/makalah forum untuk pembentangan adalah terhad. Tiada sesi selari atau sesi pembentangan serentak. Hanya kertas kerja/makalah yang lulus seleksi sahaja dibentangkan. Kertas kerja/makalah hendaklah berasaskan kepada tema dengan berfokuskan kepada satu daripada subtema yang disenaraikan. Kertas kerja/makalah ditulis sekitar 12-15 halaman (termasuk rujukan/bibliografi, dan lampiran (sekiranya ada) menggunakan rupa taip Times New Roman dan ruang selang sebaris (1.5) dalam kertas A4. Catatan ditulis pada akhir naskhah (endnote) tidak pada akhir halaman (footnote).

Tempoh Waktu
29 Jun 2013: Tarikh tutup penerimaan abstrak
20 Ogos 2013: Tarikh tutup penerimaan makalah lengkap

Abstrak dan kertas kerja/makalah lengkap hendaklah dihantar dalam format salinan elektronik fail MS Word 1997-2003 ke e-mel: fokebb@gmail.com