free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Ahad, 9 Jun 2013

Abstrak dan Makalah Lengkap

Abstrak
Abstrak ditulis dalam 300-500 patah perkataan berbahasa Melayu atau berbahasa Inggeris disertai kata kunci. Nama diikuti gelar akademik dan e-mel.

Makalah Lengkap
Bilangan kertas kerja/makalah forum untuk pembentangan adalah terhad. Tiada sesi selari atau sesi pembentangan serentak. Hanya kertas kerja/makalah yang lulus seleksi sahaja dibentangkan. Kertas kerja/makalah hendaklah berasaskan kepada tema dengan berfokuskan kepada satu daripada subtema yang disenaraikan. Kertas kerja/makalah ditulis sekitar 12-15 halaman (termasuk rujukan/bibliografi, dan lampiran (sekiranya ada) menggunakan rupa taip Times New Roman dan ruang selang sebaris (1.5) dalam kertas A4. Catatan ditulis pada akhir naskhah (endnote) tidak pada akhir halaman (footnote).

Tempoh Waktu
29 Jun 2013: Tarikh tutup penerimaan abstrak
20 Ogos 2013: Tarikh tutup penerimaan makalah lengkap

Abstrak dan kertas kerja/makalah lengkap hendaklah dihantar dalam format salinan elektronik fail MS Word 1997-2003 ke e-mel: fokebb@gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan