free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Ahad, 14 Julai 2013

KELESTARIAN BAHASA IBUNDA (DIALEK MELAYU SARAWAK) DALAM KEPELBAGAIAN ETNIK DI SARAWAK


Wan Robiah Meor Osman, Rosnah Mustafa & Salina Pit
Pensyarah
Pusat Pengajian Bahasa, Universiti Malaysia Sarawak

Kepulauan Borneo khususnya Sarawak mempunyai masyarakat yang rencam dengan etnik, fahaman, budaya serta adat resam yang diwarisi turun temurun daripada generasi terdahulu. Masyarakat ini hidup secara harmoni dan bertoleransi dalam kepelbagaian yang wujud melatari ruang lingkup kehidupan seharian. Antara kaum yang terdapat di Sarawak ialah Iban, Melayu Sarawak, Melanau, Bidayuh, Cina, Kenyah, Kayan dan lain-lain. Masyarakat Melayu Sarawak merupakan kumpulan ketiga terbesar selepas masyarakat Iban dan Cina. Masyarakat ini bertutur dalam dialek Melayu Sarawak yang mempunyai variasi mengikut daerah atau kawasan geografi masing-masing. Menariknya, variasi dialek Melayu Sarawak kebanyakannya ditandai dengan perbezaan sebutan dan kosa kata. Walaupun demikian, kajian ini menfokus kepada dialek Melayu Sarawak di kawasan Kuching dan Samarahan.

Dalam era modenisasi yang dipayungi oleh kepelbagaian etnik dilihat terdapat kosa kata dialek Melayu Sarawak yang mulai ditinggalkan oleh generasi muda. Oleh hal demikian, makalah ini meneliti kelestarian bahasa ibunda masyarakat Melayu Sarawak dalam mengharungi arus kepelbagaian etnik serta globalisasi dengan memanfaatkan soal selidik yang dirangka kepada 100 orang remaja sebagai responden. Kajian ini bermatlamat untuk melihat sejauh mana pemahaman dan pengetahuan responden terhadap kosa kata tradisi dalam interaksi sosial seharian. Melalui dapatan diharap dapat mengetengahkan kosa kata tradisi ini di samping meningkatkan kesedaran dan kepentingan dalam kalangan generasi muda khususnya, untuk memelihara dan melestarikan khazanah bahasa nenek moyang mereka agar tidak terus ditelan arus kemodenan.   

Kata kunci:

Kelestarian, Dialek Melayu Sarawak, Kepelbagaian Etnik, Modenisasi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan