free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Selasa, 16 Julai 2013

36 TAHUN MELERTASIKAN BAHASA SUKUAN SABAH: SATU PERKONGSIAN PENGALAMAN

Aminah Awang Basar
Timbalan Pengarah (Pembinaan Bahasa dan Sastera)
DBP Cawangan Sabah, Kota Kinabalu


Berdasarkan laporan kajian Summer Institute of Linguistic (SIL) pada tahun 1982, terdapat tidak kurang daripada 55 bahasa ditemui di Sabah. Bahasa-bahasa ini dikelaskan sebagai bahasa Austronesia yang terbahagi kepada tiga stok utama (superstock) iaitu stok bahasa Butung, stok bahasa Jawa, dan stok Austronesia barat laut. Kekayaan bahasa ini menjadikan Sabah salah satu negeri unik dari segi kepelbagaian bahasa dan budaya di Malaysia, dan di Kepulauan Borneo khususnya. Kewujudan cawangan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di Sabah pada 22 Jun 1977, tepat pada masanya dan menjadi badan terawal di Sabah yang melaksanakan tugas pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera selepas penubuhan Malaysia. Sejak itu, DBP telah mengorak langkahnya tapak demi tapak bagi memastikan bahasa dan sastera kebangsaan dimartabatkan, di samping meneruskan usaha pelestarian bahasa dan sastera sukuan di Sabah. Makalah ini mengandungi catatan pengalaman DBP selama 36 tahun (1977-2013) keberadaannya di Sabah, khususnya yang berkaitan dengan fungsi pembinaan dan penyelidikan, pengembangan dan juga penerbitan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan