free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Selasa, 2 Julai 2013

PENELITIAN DIVERSITI BAHASA MELAYIK DI KALIMANTAN BARAT

Prof. Dr. James T. Collins

Hampir 25% daripada 20 juta orang penduduk Pulau Borneo (termasuk warga Brunei, Indonesia dan Malaysia) bermastautin di Provinsi Kalimantan Barat (Indonesia). Walaupun begitu, pengetahuan kita tentang bahasa dan masyarakat Kalimantan Barat terbatas sekali. Pada hakikatnya, sebahagian besar penduduk asal provinsi itu merupakan penutur berbagai-bagai bahasa Melayik. Namun, selama 60 tahun terakhir ini hanya dua bahasa Melayik di Kalimantan Barat yang diteliti dengan terperinci dalam bentuk buku akademik, yakni bahasa Kendayan dan bahasa Mualang. (Perinitis penelitian dua bahasa ini tidak lain daripada D. Dunselman.)

Dalam makalah ini, akan ditinjau kedudukan dan fungsi sosial tiga bahasa Melayik lain di Kalimantan Barat: bahasa Benawas, bahasa Menterap dan bahasa Suhaid.  Berbeza dengan bahasa Kendayan dan bahasa Mualang, tiga bahasa ini hanya mulai diteliti 15 tahun lalu. Oleh itu, hasil penelitian dan dokumentasi ketiga-tiga bahasa ini masih pada tahap awal, sedangkan kelestarian bahasa-bahasa minoriti ini sudah pun terancam dengan perkembangan ekonomi dan politik lokal dan global. Langkah apa yang wajar diambil untuk menjamin masa depan ketiga-tiga bahasa ini serta semua bahasa minoriti di Pulau Borneo?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan