free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Selasa, 2 Julai 2013

MASYARAKAT SUKU DESA: PERUBAHAN ALAM SEKITAR, PERUBAHAN BAHASA

Herpanus, S.P., MLitt

Di Kalimantan Barat, masyarakat suku Desa mendiami lembah dan dataran yang terletak 300-400 km dari Pontianak di lembangan Sungai Kapuas.   Seperti di daerah lain di Pulau Borneo, suku Desa ini menghadapi cabaran perubahan alam sekitar yang mengancam kelestarian bahasa dan pengetahuan tradisional. Selain itu, kemudahan teknologi maklumat dan interaksi dengan dunia yang lebih moden telah banyak mengubah persepsi masyarakat tradisional. Penyesuaian diri masyarakat suku Desa dengan pelbagai perubahan tersebut berdampak negatif terhadap daya tahan pengetahuan tradisional dan bahasa.

Makalah ini melaporkan sebahagian usaha untuk mendokumentasikan bahasa Desa dan pengetahuan komuniti Desa tentang istilah tradisional.  Tulisan ini berdasarkan kajian yang dilakukan sejak tahun 2010 di kalangan penutur bahasa Desa di Kampung Pagal I. Fokus kaijan itu adalah pengetahuan tradisional dan penamaan 20 jenis tumbuhan famili Arecaceae oleh masyarakat itu. Wawancara berstruktur dilakukan terhadap 35 responden yang terdiri daripada lelaki dan wanita. Tingkat pengetahuan tradisional dan kemampuan dalam penamaan yang mereka perlihatkan dianalisis berdasarkan faktor jantina dan tingkat umur. Pendekatan yang diterapkan merupakan kaedah kuantitatif dengan menggunakan ujian-t dan regresi linear sederhana. Kajian ini mendapati bahawa perbezaan pengetahuan antara lelaki dan wanita tidak signifikan secara statistik. Namun umur responden menunjukkan pengaruh yang kuat terhadap kemampuan informan tentang penggunaan dan penamaan tumbuhan.

Kata kunci: Pengetahuan tradisional, bahasa, suku Desa, perubahan alam sekitar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan